Sunday, August 15, 2010
DEFINISI ALAM SEKITAR
ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi
SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling
Perkataan
“alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa
maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya
berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar”
adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun,
secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal
sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena
fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca.
(Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)
Terdapat
satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman
“environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah
geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap
aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait
dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997)
Kesemua
definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam
sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi
kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima
dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena
fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada
metode emperikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004)
0 comments:
Post a Comment